Selangor · Kuala Lumpur · Putrajaya
Panduan mencari pemberi pinjam wang berlesen KPKT di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pilih kawasan anda, semak syarat, dan elak along.
Sumber: rekod awam eMaps KPKT, dihimpun Ogos 2026. Bilangan berubah apabila lesen baharu dikeluarkan atau tamat tempoh.
Asas
Pinjaman berlesen ialah pinjaman peribadi daripada pemberi pinjam wang yang memegang lesen sah daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ia dikawal di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400). Hari ini perniagaan ini juga dikenali sebagai Kredit Komuniti.
Pemberi pinjam berlesen biasanya lebih fleksibel daripada bank. Mereka boleh membantu pekerja bergaji yang pernah ditolak bank, asalkan gaji masuk akaun bank dan masih ada baki untuk bayar balik setiap bulan.
Lembah Klang mempunyai bilangan pemberi pinjam berlesen paling ramai di Malaysia. Tetapi setiap lesen terikat kepada alamat operasi tertentu. Sebab itu lebih mudah dan cepat berurusan dengan syarikat berlesen yang beroperasi dekat tempat anda tinggal atau bekerja.
12 kawasan
Pilih kawasan tempat anda tinggal atau bekerja. Kami padankan anda dengan pemberi pinjam berlesen yang beroperasi di kawasan tersebut.
Tinggal di luar Lembah Klang? Kawasan lain akan dibuka tidak lama lagi.
Perbandingan
Ketiga-tiganya beri pinjaman, tetapi perlindungan untuk anda sangat berbeza.
| Lender berlesen KPKT | Bank | Along | |
|---|---|---|---|
| Dikawal oleh | KPKT (Akta 400) | Bank Negara Malaysia | Tiada. Haram. |
| Had faedah | Maksimum 12% setahun (bercagar) atau 18% setahun (tanpa cagaran) | Ikut produk bank | Tiada had, selalunya dikira harian atau mingguan |
| Syarat kelulusan | Lebih fleksibel. Pernah ditolak bank masih boleh mohon. | Ketat. Bergantung pada CCRIS dan CTOS. | "Mudah", tetapi berisiko besar |
| Perjanjian | Perjanjian bertulis wajib, salinan untuk anda | Perjanjian bertulis | Tiada, atau tidak sah |
| Cara kutip hutang | Tertakluk undang-undang | Tertakluk undang-undang | Ugutan, gangguan keluarga, cat rumah |
Sebelum mohon
Syarat tepat bergantung pada setiap pemberi pinjam. Ini yang biasanya diminta di Lembah Klang.
Soalan lazim
Berdasarkan rekod awam eMaps KPKT yang dihimpun pada Ogos 2026, terdapat kira-kira 432 lesen aktif di Selangor dan 302 di Kuala Lumpur. Bilangan ini berubah dari semasa ke semasa.
Pilih kawasan tempat anda paling mudah untuk hadir. Kebanyakan lender akan minta anda datang ke pejabat berdaftar mereka untuk tandatangan perjanjian, jadi kawasan tempat kerja selalunya lebih praktikal.
Boleh. Lender akan kira baki gaji selepas semua potongan bulanan. Selagi anda masih mampu bayar ansuran, anda masih ada peluang.
Selain faedah (maksimum 18% setahun tanpa cagaran), lender berlesen hanya boleh kenakan caj yang dibenarkan undang-undang seperti duti setem dan kos guaman berkaitan pinjaman. Jangan bayar "fi proses" sebelum pinjaman diluluskan.
Muat turun aplikasi rasmi i-Kredikom KPKT, pilih Semakan Syarikat Berlesen, dan masukkan nama syarikat atau nombor lesen. Pastikan alamat operasi dan tarikh tamat lesen sepadan dengan syarikat yang hubungi anda.
Semak kelayakan percuma dalam 2 minit. Pemberi pinjam berlesen KPKT hubungi anda terus.